Pendidikan Khas Forum : Special Education | Bersama Mohd Dan | Memartabatkan Dunia Pendidikan Khas
  • Portal
  • Forum
  • Search
  • Memberlist
  • Calendar
  • Help

Current time: 30-07-2010, 07:21 PM Hello There, Guest! (Login — Register)


Pendidikan Khas Forum : Special Education | Bersama Mohd Dan | Memartabatkan Dunia Pendidikan Khas / Soal Jawab Pendidikan Khas / Soalan Umum / Masalah Dalam Pendidikan Khas...

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Threaded Mode | Linear Mode
Masalah Dalam Pendidikan Khas...
10-09-2009, 03:30 PM
Post: #1
mfmy_fahmy Offline
Junior Member
**
Posts: 1
Joined: Sep 2009
Reputation: 0
Masalah Dalam Pendidikan Khas...
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang saya hormati. Kepada yang beragama Islam, saya ucapkan selamat berpuasa. Di sini saya ingin meminta pendapat kepada Cikgu Dan terutamaya serta anda semua berkenaan masalah saya.

Saya merupakan pelajar ijazah sarjana muda pendidikan (pendidikan khas) di salah sebuah universiti di negara ini. Pada semester ini, saya mengambil 2 kursus iaitu pedagogi dan juga kemahiran berfikir. Kedua-dua kursus ini memerlukan saya untuk membuat pengajaran mikro (bagi kursus pedagogi) dan juga pengajaran berpasukan (bagi kursus kemahiran berfikir) saya telah menjalankan kedua-dua bentuk latihan pengajaran tersebut. Hasilnya ialah :

1) Bagi kursus pedagogi, saya dan kesemua rakan saya diminta untuk mengulangi semula pengajaran mikro masing-masing pada minggu hadapan. Ada antara rakan-rakan yang mengadu bahawa ada diantara bentuk dan cara pengajaran yang digunakan mereka mendapat pujian oleh penilai lain namun demikian bagi penilai kami pula keadaan sebaliknya berlaku sedangkan cara yang digunakan adalah sama. Sebagai contoh rakan saya mengajar tentang tajuk 'dosa dan jenis-jenisnya'. Salah seorang dari pelajar mengajar tajuk tersebut dan mendapat pujian namun demikian penilai kami mengatakan pengajarannya adalah tidak sesuai sedangkan teknik yang digunakan, BBM, RPH, KB adalah sama.

2) Bagi kursus kemahiran berfikir pula, saya telah memilih tajuk suku kata KV sebagai pengajaran bagi pelajar berkeperluan khas tahap rendah tingkatan 1. Namun demikian saya dikritik dengan teruk dengan penilai mengatakan apakah yang saya ajar? Saya akui mungkin saya sepatutnya menggabungkan 2 suku kata KV+KV dalam pengajaran saya namun demikian penilai mempertikaikan aspek KB yang saya aplikasikan. Bukankah dengan menunjukkan huruf-huruf A-Z boleh dianggap sebagai KB? Disamping itu saya juga telah membuat BBM yang mempunyai huruf konsonan B, Vokal A,E,I,O,U dan juga gambar bagi mewakili suku kata tersebut. Saya meminta pelajar melekatkan suku kata yang betul selepas saya mengajar cara menyebut suku kata huruf B kepada pelajar. Yang menghairankan saya, saya cara pengajaran saya dikritik penilai tersebut sedangkan penilai lain yang menilai rakan yang mengajar teknik yang sama, perkara yang sama memberikan pujian? Ini ditambah lagi ketika saya menjalai R.O.S pada hujung semester lalu dimana dari pemerhatian saya, kebanyakan guru yang mengajar bahasa melayu dan bahasa inggeris mengajar pelajar-pelajarnya meneybut suku kata berulangkali malah lebih dari sebulan. Salah kah cara pengajaran saya? Tidak sesuaikah? Saya cuba aplikasikan berdasarkan pengalaman saya melihat guru-guru di sekolah pendidikan khas. Tapi saya sedih kerana setiap penilai mempunyai pandangan yang amat berbeza dan ini mengelirukan bukan saja saya tetapi kesemua rakan-rakan yang lain.

Harap bantulah saya. Saya buntu
Find all posts by this user
Quote this message in a reply
« Next Oldest | Next Newest »
Post Reply 


  • View a Printable Version
  • Send this Thread to a Friend
  • Subscribe to this thread
Forum Jump:


Contact Us | Forum Pendidikan Khas | Return to Top | Return to Content | Lite (Archive) Mode | RSS Syndication

Powered By MyBB, © 2002-2010 MyBB Group.
Theme Created By Cosmic Studios.