|
kanak-kanak autisme
|
|
30-01-2009, 09:17 PM
Post: #1
|
|||
|
|||
Quote:This is an enquiry e-mail via http://pendidikankhas.com from: Assalammualaikom ,, terima kasih kerana menghubungi saya, Mengenai anak puan memang kanak-kanak autisme banyak jenis dan banyak tahapnya... Banyakkan bersabar dalam menghadapi kanak-kanak khas seperti anak puan. Saya amat bersimpati . Memang nak pulih seperti normal agak lambat dan makan masa. Tapi percayalah setiap anak autisme ada satu kelebihan yang tiada tandingannya dan tiada di kalangan orang biasa. Kalau kena cara dan pendidikannya InsaAllah dia akan jadi seorang yang sangat pakar dalam sesuatu bidang yang sangat diminatinya nanti. Mungkin akan dapat dilihat penghujung sekolah rendah atau di sekolah menengah nanti. Puan kena banyak berbincang dengan guru pendidikan khas Bermasalah Pembelajaran. Mengenai pendidikannya puan selalulah berbincang dengan guru pendidikan khas terutama yang mengajarnya kerana guru itu saja yang tahu akan perkembangan dan penddikan yang sesuai untuk anak puan. Di Johor Bahru cuba puan cari cikgu Saadiah ...mungkin dapatkan dari pegawak Khas Pendidikan Khas PPD Johor Bahru dari sekolah mana cikgu ni kerana beliau merupakan salah seorang Jurulatih Utama Pendidikan Khas Kebangsaan dan banyak pengalaman dengan mengajar kanak-kanak khas termasuklah autisme. Saya memang kenal rapat dengan cikgu ni dan biasa berbincang dan bertukar-tukar fikiran dan pendapat dengannya. InsaAllah puan akan dapat apa yang puan cari. Untuk pengetahuan puan saya pun dari Johor iaitu Muar. Tapi buat masa ini saya sedang berkursus di Jepun ,,,,Ok sampai jumpa lagi ...Assalammalaikom. Laman Rasmi Projek MPV (Rintis Kementerian) Blog Rasmi Video Rasmi Pendidikan Khas |
|||
|
« Next Oldest | Next Newest »
|





