Pendidikan Khas Forum : Special Education | Bersama Mohd Dan | Memartabatkan Dunia Pendidikan Khas
  • Portal
  • Forum
  • Search
  • Memberlist
  • Calendar
  • Help

Current time: 30-07-2010, 07:09 PM Hello There, Guest! (Login — Register)


Pendidikan Khas Forum : Special Education | Bersama Mohd Dan | Memartabatkan Dunia Pendidikan Khas / Pencapaian Pendidikan Khas / Pendidikan Khas di Akhbar / Memperkasa Pendidikan Khas

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Threaded Mode | Linear Mode
Memperkasa Pendidikan Khas
26-01-2009, 01:14 PM
Post: #1
Tn Hj Mohd Dan Offline
Pengasas Rasmi
**********
Posts: 37
Joined: Jan 2009
Reputation: 0
Wink Memperkasa Pendidikan Khas
Oleh Rosliwaty Ramly:

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Sejak ditubuhkan pada 1 Oktober 1995, Jabatan Pendidikan Khas di bawah Kementerian Pelajaran telah mewujudkan pelbagai perkhidmatan pembelajaran untuk dimanfaatkan oleh murid berkeperluan khas.

Perkhidmatan pendidikan ini adalah untuk mereka yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, pembelajaran, tidak dapat menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) serta pembangunan pendidikan murid Orang Asli dan Penan.

Kanak-kanak di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Khas terdiri daripada mereka yang mengalami sindrom down, autisme ringan, `attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), terencat akal minimum serta bermasalah pembelajaran spesifik atau disleksia.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas Azizah Abd. Gani, pendidikan yang diberi kepada murid berkeperluan khas menekankan kepada keperluan individu daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya murid-murid ini boleh mendapat pendidikan hingga ke peringkat tertinggi bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Azizah menjelaskan bahawa program pendidikan khas dilaksanakan melalui empat sistem iaitu:

* Sekolah Pendidikan Khas yang menempatkan murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran;

* Program Integrasi Pendidikan Khas yang diwujudkan di sekolah-sekolah harian biasa rendah, menengah dan sekolah teknik/vokasional. Ia menempatkan secara segregasi atau spara inklusif murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran.

* Program Inklusif menempatkan murid berkeperluan khas belajar dalam kelas yang sama dengan murid biasa.

* Program Pendidikan Pemulihan di kelas khas terdapat di semua sekolah aliran perdana.

HALATUJU MURID KEPERLUAN KHAS

Azizah menekankan murid berkeperluan khas yang berpotensi dalam bidang akademik akan dijuruskan ke arah peningkatan dalam bidang akademik sehingga ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.

Bagi mereka yang tidak mencapai tahap akademik yang cemerlang, mereka akan menerima latihan kemahiran menjurus kepada bidang latihan teknik dan vokasional.

KURIKULUM LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

Beliau berkata terdapat tiga aliran latihan vokasional yang dilaksanakan di peringkat persekolahan menengah atas untuk murid berkeperluan khas:

i. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang yang menempatkan murid bermasalah pendengaran. Murid-murid mengikuti Mata Pelajaran Vokasional (MPV) sebagai subjek elektif dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2002.

Bidang matapelajaran vokasional meliputi membuat pakaian wanita, elektrik domestik, pertukangan kayu/perabot dan pembinaan domestik.

ii. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam Selangor, merupakan sekolah vokasional terulung untuk menempatkan murid bermasalah pendengaran mengikuti latihan vokasional sepenuhnya.

Sekolah ini dibuka pada 1987 dan murid-murid bermasalah pendengaran diberikan latihan vokasional menggunakan Modul Standard Kebangsaan Kemahiran Pekerjaan (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Mereka menjalani latihan selama dua tahun dan murid yang berjaya memenuhi syarat keperluan NOSS dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM 1) dan yang gagal mencapai peringkat kecekapan yang ditetapkan akan dikurniakan Sijil Pendidikan Khas Vokasional.

Azizah menjelaskan murid berkeperluan khas juga akan mengikuti latihan kemahiran industri di firma-firma untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari di sekolah.

Antara bidang latihan Vokasional yang ditawarkan termasuklah jurubatik lukis, jurubatik terap, mekanik penyejukbekuan dan penyaman udara, jurukimpal arca logam berperisai dan pemasangan badan motosikal.

iii. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indahpura, Kulai, Johor pula merupakan sekolah vokasional pertama di Malaysia yang menempatkan tiga kategori kecacatan murid yang terdiri daripada murid bermasalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran.

Sekolah ini yang mula beroperasi pada 2004 boleh menempatkan 250 orang murid dalam satu-satu kohort. Dua jenis kurikulum dilaksanakan di sekolah ini.

Murid bermasalah pendengaran mengikuti Kurikulum Aliran Perdana dengan elektif Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Grafik Berkomputer dan Solekan serta Dandanan Rambut.

Murid bermasalah penglihatan mengikuti Kursus Juru Refleksologi dan Juru Urut dengan NOSS manakala murid bermasalah pembelajaran pula mengikuti lima jenis kemahiran dengan NOSS.

iv. Sekolah Menengah Harian Program Integrasi pula menempatkan murid-murid bermasalah pendengaran yang tamat tingkatan 3. Mereka turut diberikan ruang untuk menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran vokasional dengan mengikuti kurikulum arus perdana dan subjek elektif mata pelajaran vokasional, di sekolah-sekolah Menengah harian secara integrasi atau inklusif.

v. Pendidikan teknik dan vokasional di Sekolah Menengah Teknik di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Teknikal pula membuka ruang kepada murid-murid bermasalah pendengaran dan juga pembelajaran bagi mengikuti Latihan Kemahiran di peringkat sekolah.

Kursus yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah menengah teknik merupakan kursus yang menggunakan NOSS dan di akhir latihan murid-murid berkeperluan khas akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), kata Azizah.

PERLUASAN PROGRAM LATIHAN VOKASIONAL

Azizah berkata menyedari keperluan latihan kemahiran amat terhad untuk golongan murid bermasalah pembelajaran, jabatan ini telah membangunkan satu bentuk kurikulum menjurus kepada keperluan untuk golongan ini.

Draf Kurikulum Mata Pelajaran Vokasional Khas (MPV-Khas) telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kurikulum Pusat di kementerian pada April 2006 untuk dilaksanakan secara rintis melalui Program Integrasi Sekolah Menengah.

Enam komponen kursus dalam MPV-Khas meliputi komponen pertanian, perkhidmatan, masakan, penyelenggaraan, kraftangan dan jahitan.

Beliau menerangkan enam buah Program Integrasi Masalah Pembelajaran di sekolah menengah telah dipilih untuk melaksanakan Program Rintis pada tahun 2007.

Senarai sekolah dalam Program Rintis Kursus MPV-Khas 2007 termasuklah SMK Pekan Baru Muar, Johor, SMK Bandar Sunway, Selangor, SMK Sungai Besar, Selangor, SMK Tengku Mahmud Iskandar, Tangkak, Johor, SMK Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur dan SMK Tun Tuah, Melaka.

Beliau berkata kurikulum ini juga akan dicubaguna pada murid-murid bermasalah pendengaran dan jika sesuai akan diperluaskan ke sekolah menengah integrasi masalah pendengaran.

Azizah menjelaskan jabatan ini turut diberi peruntukan untuk membina dua buah sekolah vokasional pendidikan khas, sebuah di zon utara yang terletak di Sungai Petani, Kedah dan sebuah lagi di zon pantai timur iaitu di Pahang.

Kedua-dua sekolah vokasional ini akan menawarkan kursus vokasional yang sesuai untuk murid bermasalah pendengaran dan pembelajaran dan akan menggunakan Kurikulum Jabatan Pembangunan Kemahiran.

PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Dalam usaha menjana kecemerlangan pendidikan khas, Azizah berkata Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu berperanan menganjurkan dan memberi latihan kepada tenaga pengajar.

"Guru-guru yang dipilih menjadi tenaga pengajar adalah guru-guru yang berlatarbelakang pendidikan khas yang diberi latihan menjurus kepada kursus-kursus vokasional yang dijalankan di sekolah-sekolah berkenaan," katanya.

Latihan yang dijalankan sama ada di pusat-pusat latihan yang mendapat pengiktirafan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran seperti Pusat Latihan Dusun Tua atau Pusat Latihan Tenaga Pengajar Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber dan Manusia (CIAST).

Melalui latihan ini para guru akan mendapat tauliah sebagai tenaga pengajar dan penilai semua kursus yang dijalankan di sekolah-sekolah Vokasional Pendidikan Khas, tambah beliau.

Azizah menekankan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk tidak meminggirkan pendidikan anak-anak berkeperluan khas tanpa pembelaan.

"Usaha-usaha merealisasikan PIPP akan melihat kepada kepentingan dan hak anak-anak berkeperluan khas agar mereka juga dapat hidup seiring dengan anak-anak yang lain di arus perdana," katanya lagi.

Hakikatnya, apa yang dilaksanakan adalah selaras dengan moto Jabatan Pendidikan Khas iaitu menjana "Kecemerlangan Insan Istimewa Kegemilangan Bersama."

-- BERNAMA

Laman Rasmi
Projek MPV (Rintis Kementerian)
Blog Rasmi
Video Rasmi Pendidikan Khas
Visit this user's website Find all posts by this user
Quote this message in a reply
« Next Oldest | Next Newest »
Post Reply 


  • View a Printable Version
  • Send this Thread to a Friend
  • Subscribe to this thread
Forum Jump:


Contact Us | Forum Pendidikan Khas | Return to Top | Return to Content | Lite (Archive) Mode | RSS Syndication

Powered By MyBB, © 2002-2010 MyBB Group.
Theme Created By Cosmic Studios.